Thursday, October 25, 2007

Laporan Kajian Agihan Bantuan Mangsa Banjir Di Kota Tinggi. Johor

1.0 Pengenalan

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi ialah 3488.7 kilometer persegi. Kota tinggi terletak di Pantai Timur negeri Johor. 65 % daerah Kota Tinggi ini dikelilingi laut dan terletaknya lembangan sungai Johor dan lembangan sungai Sedili. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan pertanian di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.



Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga air sungai tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke Pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.

Dalam menghadapi kesulitan, mangsa banjir terus dihulurkan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan di pusat pemindahan, ini kerana setiap pusat pemindahan itu menempatkan diantara 100 hingga 1,000 orang mangsa banjir dan menyebabkan keperluan bahan makanan amat tinggi. Selain itu menurut Dr Robia, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, keadaan jalan raya yang masih dinaiki air menyukarkan usaha penghantaran bekalan makanan dengan cepat.

2.0 Tujuan

Kajian agihan bantuan terhadap mangsa banjir merupakan isu yang telah kami pilih. Tujuan kami adalah ingin mengupas apakah bentuk bantuan yang telah diberikan, sejauhmana pengagihan bantuan sampai ke tangan mangsa banjir, siapakah yang terlibat dalam pengagihan bantuan tersebut, adakah bantuan tersebut diagihkan secara adil dan telus keberkesanan sistem birokrasi dalam pengagihan bantuan tersebut kepada mangsa banjir dan pelbagai lagi isu bantuan yang timbul semasa dan selepas banjir.

3.0 Metodologi

Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam kajian ini ialah pengumpulan Data Primer melalui temubual bersama key informence serta soal selidik berstruktur. Satu lagi kaedah ialah pengumpulan Data Sekunder melalui pembacaan majalah, jurnal, dan bahan-bahan yang berkaitan banjir.

4.0 Skop Kajian

Responden yang telah dipilih adalah berasaskan kepada mereka yang merupakan mangsa banjir bagi gelombang pertama dan kedua. Responden adalah mereka yang terlibat sebagai penerima bantuan yang berasal dari kawasan Taman Kemang dan sekitar Kampung Temiung serta Kampung Kelantan. Temubual juga turut dilakukan terhadap Penghulu Mukim iaitu Tok Wan dan Ahli Jawatankuasa bagi ketiga-tiga kawasan iaitu Kg. Temiung, Kg. Kelantan dan Taman Kemang.

5.0 Hasil Kajian

Melalui kajian lapangan yang telah dijalankan selama tiga hari iaitu bermula 1 sepetember hingga 3 setember yang lalu, kami berjaya menemui responden dalam mendapat maklumat-maklumat penting . berikut merupakan hasil kajian yang dapat kami perolehi daripada 30 responden yang telah melengkapkan soalan soal selidik.

Bahagian A : Profil responden

5.1 Umur reponden











Berdasarkan rajah diatas, responden yang kami temui rata-rata berumur 51 tahun keatas. Kebanyakkan mereka adalah pesara dan ketua keluarga bagi rumah masing-masing. 27% responden adalah berumur 41 hingga 50 tahun yang juga ketua keluarga yang masih lagi kerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Rata-rata mereka sudah menetap lebih dari 20 tahun.

5.2 Status kependudukan





Berdasarkan rajah, 77% adalah penduduk asal Kota Tinggi. Mereka telah menetap lebih dari 20 tahun di kediaman masing-masing. Sementara 27% lagi bukan penduduk asal di kota tinggi, tetapi berhijrah atas sebab-sebab tertentu seperti pindah tempat kerja dan sebagainya.

5.3 Status pemilikan rumah










Berdasarkan rajah diatas, 29 responden iaitu 97% memiliki rumah sendiri. Hanya 1 responden yang kami temui adalah penyewa.

5.4 Jenis rumah






Kami lebih tertumpu di Taman Kemang, menyebabkan 40% responden memiliki rumah teras dua tingkat kos sederhana dan 44% teres kos sederhana. Manakala selebihnya responden dari kampung Kelantan dan kampung Tembiuh yang jenis rumah mereka lebih kepada rumah kampung dan rumah sebuah.

5.5 Anggaran kerugian









Keseluruhan kerugian dianggarkan antara RM10,001 hingga RM20,00 iaitu 80%. Angka kerugian yang besar ini, telah menyebabkan responden terpaksa memulakan hidup baru, seperti mula-mula berpindah ke rumah mereka. Kata mereka lagi, dengan pendapatan anatara RM1000 hingga RM2000, mereka tidak mampu untuk hidup senang seperti dulu. Kebanyakkan peralatan dan perabot rumah habis di heret banjir.

Bahagian B : Bentuk Pengagihan Bantuan

Secara amnya, bentuk bantuan yang diterima oleh mangsa di Kota boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bantuan yang berbentuk kewangan (wang) dan barangan dan kedua ialah bantuan perkhidmatan kaunseling. Melalui temubual yang telah dijalankan serta melalui soal selidik, kami mendapati bantuan kewangan diberikan sepanjang dan selepas banjir tersebut hingaa banjir reda berjumlah RM2000. Jumlah diberikan secara berperingkat, bantuan sebanyak RM200 diberi pada awal banjir reda, diikuti dengan RM200 pada bulan seterusnya, RM500 dan akhir bulan lalu RM1100 diberikan kepada semua mangsa banjir yang berdaftar.

Manakala bantuan berbentuk kaunseling pula melalui sokongan dari pihak tertentu dan orang-orang kenamaan serta semangat dan dorongan. Kunjungan dari Perdana Menteri, Menteri besar berjaya mengurangkan beban mangsa. Keprihatinan ini sedikit sebanyak meningkatkan semangat mangsa banjir untuk memulakan hidup baru. Bantuan kemanusiaan juga turut disumbangkan melalui khidmat social dari Institut awam dan swasta. Mereka bergotong royong membersihkan persekitaran dan rumah mangsa banjir.

Kesemua bantuan telah diagihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Bahagian C : Tahap Keberkesanan dan ketersampaian dalam saluran bantuan.

Melalui kajian yang telah dilakukan, kami mendapati kekan bantuan dan melihat kebanyakkan responden berpuas hati dengan bantuan yang telah diberikan walaupun bantuan yang telah diterima tidak setimpal dengan kerugian yang telah dialami. Namun mereka bersyukur dengan apa yang telah diterima. Sepanjang pengagihan bantuan, terdapat beberapa wakil penduduk yang turut terlibat menyumbangkan bantuan dan melawat mangsa di pusat pemindahan dan dirumah mangsa. Antaranya ialah Dato’ Halimah Sidek yang merupakan ADUN Kota Tinggi, dan Dato’ Hadam Baba.

Namun, tidak dinafikan sepanjang pengagihan bantuan terdapat isu-isu politk yang timbul dan masalah birokrasi yang telah menganggu proses pengagihan bantuan. Dengan itu, timbul masalah seperti keciciran nama, kelewatan sesebuah keluarga menerima bantuan makanan. Hal ini perlu di atasi untuk masa akan datang agar masalah birokrasi ini tidak menyusahkan mangsa-mangsa banjir yang serba daif. Perdana Menteri, Dr Abd Badawi sendiri manyatakan agar setiap bantuan hendaklah diberikan tanpa ada apa-apa masalah dan beliau juga berharap masalah birokrasi tidak timbul agar mangsa banjir dapat menerima bantuan dengan cepat.

6.0 Cadangan dan Pandangan

Antara cadangan yang telah kami perolehi melalui temubual dan soal selidik bersama responden termasuklah maklumat mengenai pengagihan bnatuan iaitu bila diagihkan, tempat agihan, jumlah bantuan dan sebagainya perlu disampaikan kepada semua mangsa tanpa pengecualian. Selain itu cadangan lain ialah pengurangan karenah birokrasi dalam urusan pengagihan bantuan demi memastikan pengagihan bantuan dapat diberikan dengan adil dan saksama kepada semua mangsa banjir.


Sunday, October 21, 2007

Kesan Migrasi Penduduk Terhadap Kawasan Tuju

Kesan Positif

1. Migrasi penduduk dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga verja di kawasan yang kurang penduduk.



2. Kemasukan para profesional menguntungkan negara yang dituju kerana negara tersebut tidak perla menghabiskan wang untuk melatih gologan ini. Golongan ini dapat memajukan lagi negara yang mereka tuju.

Kesan Negatif

1. migrasi akan menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara tuju.
Kepelbagaian budaya dan adat resam ini menyukarkan perpaduan nasional dan mebawa lepada konflik budaya.



2. Pengelompokan kawasan mengikut kaum sering berlaku di negara tuju. Kurangnya pergaulan antara kaum menyebabkan kurang kesefahaman antara kaum dan ini boleh membawa kepada wujudnya prasangka antara kaum.



3. Kemasukan pekerja asing boleh menyebabkan rakyat tempatan kehilangan pekerjaan dan terpaksa kemelesetan ekonomi situasi ini boleh membawa kepada pergaduhan dan perasaan anti penduduk asing.



4. Migran akan menghantar balik wang ke tempat asal mereka. Oleh itu, pengaliran wang keluar tidak dapat dielakkan.

Kesan Migrasi Penduduk Kepada Negara Asal

Kesan Positif

1. Perpindahan penduduk meninggalkan kawasan pertanian yang luas membolehkan petani yang masih tinggal mengerjakan tanah yang ditinggalkan. Ini membolehkan petani mendapat hasil pertanian yang lebih tinggi dan petani juga dapat mengusahakannya dengan giat.

2. Masalah pengangguran di luar bandar dapat diatasi apabila penduduk yang menganggur berpindah ke kawasan lain.

3. Perpindahan keluar penduduk dari kawasan padat penduduk dapat meringankan beban kerajaan dari segi menyediakan kemudahan sasas. Dengan ini kewangan negara dapat diperuntukkan untuk pembangunan negara.

4. Masalah setinggan dapat dikurangkan apabila penduduk extingan di bandar berpindah keluar.

5.Migran yang berhijrah ke luar negara dapat menghantar balik wang ke negara asal dan ini menguntungkan dari segi tukran wang asing.

6. Kemahiran yang dipelajari semasa di luar negara dapat diamalkan oleh migran apabila mereka balik ke negara asal. Contohnya rakyat Filipina yang bekerja di Amerika Syarikat atau rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

7. Migrasi keluar dapat menyelesaikan masalah lebihan penduduk seperti di Pualu Jawa yang melebihi penduduk optimum.


Kesan Negatif

1. Migrasi keluar di kalangan profesional atau tenaga pakar menyebabkan braidrain. Penghijrahan keluar para profesional merugikan negara asal kerana kerajaan telah banyak memperuntukkan wang untuk pendidikan mereka.

2. Penghijrahan keluar golongan belia dari kawasan pertanian di luar bandar ke bandar- bandar telah menyebabkan berlakunya tanah terbiar. Ini merugikan negara dari segi pengeluaran pertanian.

3. Sebahagian besar daripada migran yang berhijrah ke bandar- bandar terdiri daripada kaum lelaki. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbang dalam kompisisi jantina, di mana di desa- desa kaum perempuam lebih ramai daripada kaum lelaki.

4. Pengaruh budaza kuning mungkin trsebar apabila para migran tadi balik semula ke kawasan asal mereka.

Aliran Migrasi Antarabangsa dan Faktor yang mempengaruhinya

i. Antara aliran utama migrasi ialah:

a. Dari Eropah ke benua Amerika Utara. Faktor yang mnyebabakan berlakunya migrasi ini ialah haloba, emas dan menyebar agama, meninggikan taraf hidup, peluang pekerjaan dan tanah pertanian yang luas.

b. Dari benua Eropah (Britain) ke Ausatralia dan New Zealand. Di peringkat awal migran ke Australia terdiri daripada banduan yang dibuang negeri dari Britain.

c. Dari Eropah ke benua Asia. Faktor utama ialah untuk meluaskan tanah jajahan seperti orang Inggeris di Tanah Melayu, orang Belanda di Indonesia dan orang Perancis di Indo- China.

d. Dari Eropah ke Benua Afrika. Sama sepereti di benua Asia, kedatangan orang British, orang Perancis dan orang Belanda ke Afrika ialah untuk menjajah.

ii. Penjajahan orang eropah, misalnya orang British di Tanah Melayu telah menggalakkan kemasukan rakyat negara lain seperti orang Cina dan India ke tanah- tanah jajahan.

iii. Pembukaan kawasan perdagangan kapas di Amerika Utara telah menyebabkan orang Afrika ditangkap dan dihantar bekerja sebagai hamba di Amerika Utara.

iii. Kesengsaraan hidup di negara China dan India telah menyebabkan ramai penduduk di negara itu berhijrah ke Tanah Melayu.

iv. Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua juga bukan sahaja menyebabkan ramai tentera Jepun dihantar ke kawasan taklukan mereka, tetapi juga orang awam yang dipaksa menjadi buruh, contohnya menjadi buruh kasar membina landasan kereta api dai Thailand ke Myamar.

Jenis- jenis migrasi

Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa

a. Migrasi Dalaman

Migrasi dalaman adalah migrasi yang tidak menjangkau sempadan antarabangsa. Sebaliknya ia adalah penghijrahan dalam sempadan negara sahaja.
Migrasi dalaman boleh dipecahkan lagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah

Migrasi musiman

i. Ini adalah migrasi yang berlaku secara bermusim atau berkala.

ii. Di kalangan gembala nomad seperti orang Badwi di negara Arab, orang Taureg di Sahara dan orang Monggol di Gurun Gobi berpindah mengikut musim mencari padang rumput dan air untuk ternakan.

iii. Kegiatan pindah ternak yang diamalkan di kawasan Pengunungan Alps, Rocky dan beberapa kawasan di Himalaya juga termasuk dalam migrasi bermusim. Dalam musim panas pengembala membawa ternakan mereka turun semula ke lembah yang lebih panas. Di kawasan pertanian utama, migrasi ini boleh dikaitkan dengan musim menuai bijirin mahupun pertanian. Misalnya musim memetik buah- buahan seperti anggur, oren, epal, kentang dan sebagainya.

Migrasi luar bandar ke bandar
i. Antara sebab yang menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar ialah kerana di tempat asal mereka mengalami:
· tekanan penduduk
· kemiskinan
· pengangguran
· upah rendah
· tanah tidak ekonomik dikerjakan
· kurang kemudahan asas seperti pendidikan tinggi

Migrasi bandar ke bandar

i. Ketiadaan peluang pendidikan tinggi di bandar- bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar- bandar besar untuk melanjutkan pendidikan mereka

ii. Di bandar- bandar besar juga terutamanya ibu negara terdapat banyak peluang pekerjaan.

iii. Penghijrahan jenis ini lebih merupakan penghijrahan secara berperingkat iaitu bermula di bandar kecil, kemudian ke bandar yang lebih besarsedikit sebelum ke ibu negara.

Migrasi bandar ke luar bandar dan bandar ke pinggir bandar

i. Berlaku terutamanya di kalangan pesara kerana udara di luar bandar lebih segar dan nyaman

ii Di Malaysia, kebanyakkan golongan pesara berasal dari kampung. Oleh itu, selepas besara mereka ingin balik ke tempat asal mereka.

iii Pembangunan yang pesat selepas merdeka di pusat bandar telah menyebabkan banyak bangunan rumah kedai di negara sedang membangun dirobohkan dan digantikan dengan bangunan pencakar langit untuk ruang pejabat dan pusat membeli- belah

iv. Pembinaan kawasan perumahan di pinggir bandar dan dengan adanya kemudahan pengangkutan awam dan pemilikan kenderaan sendiri telah membolehkan penduduk yang tinggal di pusat bandar berpindah ke kawasan perumahan berulang- alik ke tempat kerja di pusat bandar setiap hari.


Migrasi luar bandar ke luar bandar

i. Pembukaan kawasan pertanian baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) seperti di Jengka Tiga Segi, KEJORA, DARA dan sebagainya telah menyebabkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan- kawasan tanah rancangan ini.

ii. Perpindahan ke kawasan tanah rancangan ini adalah bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.

iii Terdapat juga penduduk luar bandar yang miskin berpindah ke kawasan pinggir hutan dengan membuka tanah secara haram.

Transmigrasi

Ini adalah migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang olek kerajaan. Tujuan utama migrasi secara ini ialah untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu- satu pulau. Contohnya dari Pualau Jawa ke pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang berpenduduk jarang.

b. Migrasi Antarabangsa

i. Migrasi atarabangsa berlaku hanya apabila seseorang migran itu melintas sempadan antarabangsa. Migrasi ini bolh berlaku secara antarabangsa ataupun antara benua.

Faktor- faktor yang mempengaruhi Migrasi


Faktor Ekonomi

Biasanya penduduk akan berpindah dari kawasan yang lembap ekonominya menuju ke kawasan yang pesat pembangunan ekonominya kerana di sini terdapat banyak peluang- peluang pekerjaan.
Kawasan-kawasan yang mempunyai tanah pertanian telah lama dikenali sebagai faktor menarik kemasukan penduduk. Sebalikbnya kawasan tanah pertanian tidak subur memaksa ramai petani meninggalkan kawasan ini ke kawasan pertanian baru.
Keluasan saiz pertanian yang sempit mungkin kerana pemecahan tanah dalam pembahagian sistem pusaka atau faktor- faktor lain, telah menyebabkan saiz tanah semakin sempit dan akhirnya tidak ekonomikuntuk dikerjakan.
Penggunaann jentera- jentera moden dalam pertanian mengakibatkan wujudnya tenaga lebihan di sektor pertanian. Oleh itu, pengangguran tinggi di luar bandar. Untuk terus hidup penduduk terpaksa berhijrah ke kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan.

Faktor Sosial

Faktor agama iaitu tempat atau bandar- bandar yang ada kaitan secara langsung dengan sesuatu agama telah lama mempengaruhi migrasi ke kawasan- kawasan sedemikian. Misalnya Mekah bagi penganut beragama Islam, Gaya bagi penganut agama Buddha, Amritsar bagi penganut agama Sikh dan Benares bagi penganut agama Hindu.
Selain itu, melanjutkan pelajaran ke institusi- institusi pengajian tinggi juga adalah faktor menyebabkan ramai golongan belia berhijrah ke pusat- pusat bandar utama.

Faktor politik

Dasar kerajaan mempunyai pengaruh secara langsung ke atas migrasi.
Peperangan dan perang saudara seperti bosnia, Kampuchea, Afghanistan dan beberapa buah negara di Afrika telah menyebabkan beribu rakyat lari meninggalkan negara masing- masing.
Semasa darurat di Malaysiua pada tahun 1948 hingga 1960 seramai 500 000 orang penduduk telah dipindahkan ke kampung- kampung baru. Penempatan peneroka ke tanah- tanah Rancangan di seluruh negara satu lagi contoh bagaimana kerajaan boleh mempengaruhi migras penduduk.

Thursday, September 20, 2007

Banjir kedua di Johor



Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.