Banjir kedua berlaku pada 12 Januari ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang lalu. Seramai 109,831 orang dari 24,765 keluarga telah berpindah ke 344 pusat pemindahan banjir yang telah dibuka semula. Banjir kali ini lebih serius dari banjir pertama sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang. Dua pusat pemindahan turut dinaiki air dan 1,793 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat lain.
Thursday, September 20, 2007
Banjir di Johor
Diantara negeri yang dilanda banjir, Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Kota Tinggi, Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderma uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas banjir telah surut.
Banjir di Malaysia 2006-2007
Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Kelantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini. Fenomena banjir ini turut menimpa negara jiran Singapura dan utara Sumatera, Indonesia.
Banjir
Banjir adalah peristiwa terbenam daratan kerana tingkat air meningkat. Banjir terjadi kerana berlaku peluapan yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan besar, peluapan air sungai. Selain daripada itu, banjir juga terjadi akibat daripada keadaan longkang yang kurang sempurna seperti ruang longkang yang kecil dan kurang dalam mengakibat air hujan yang turun dapat menampung kapasitinya.
Di banyak daerah yang dibangunkan sebagai pusat bandar di dunia, tanahnya mempunyai daya serapan air yang buruk, atau jumlah curah hujan melebihi kemampuan tanah untuk menyerap air. Ini terjadi kerana sebahagian daripada kawasan tersebut ditutupi dengan permukaan tar dan simen. Ketika hujan turun, kadang- kadang berlakunya banjir secara tiba-tiba. Banjir ini dikenali sebagai banjir kilat.
Di banyak daerah yang dibangunkan sebagai pusat bandar di dunia, tanahnya mempunyai daya serapan air yang buruk, atau jumlah curah hujan melebihi kemampuan tanah untuk menyerap air. Ini terjadi kerana sebahagian daripada kawasan tersebut ditutupi dengan permukaan tar dan simen. Ketika hujan turun, kadang- kadang berlakunya banjir secara tiba-tiba. Banjir ini dikenali sebagai banjir kilat.
Wednesday, September 12, 2007
PENDUDUK
- Orang yang tinggal di daerah tersebut
- Orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut. Dengan kata lain orang
memilih tinggal di daerah lain.
Dalam sosiologi, penduduk adalah kumpulan manusia yang menduduki suatu wilayah geografi dan ruang tertentu.
Masalah-masalah kependudukan boleh dipelajari dalam ilmu Demografi.
DEMOGRAFI
Demografi adalah ilmu yang mempelajari dinamika kependudukan manusia. Ia meliputi ukuran, struktur, dan distribusi penduduk serta bagaimana jumlah penduduk berubah setiap waktu akibat kelahiran, kematian, migrasi, serta penuaan. Analisis Demografi dapat merujuk masyarakat secara keseluruhan atau kelompok tertentu yang didasarkan kepada kriteria seperti pendidikan, kewarganegaraan, agama, atau etnik tertentu.
Subscribe to:
Posts (Atom)