Thursday, September 20, 2007

Banjir

Banjir adalah peristiwa terbenam daratan kerana tingkat air meningkat. Banjir terjadi kerana berlaku peluapan yang berlebihan di suatu tempat akibat hujan besar, peluapan air sungai. Selain daripada itu, banjir juga terjadi akibat daripada keadaan longkang yang kurang sempurna seperti ruang longkang yang kecil dan kurang dalam mengakibat air hujan yang turun dapat menampung kapasitinya.
Di banyak daerah yang dibangunkan sebagai pusat bandar di dunia, tanahnya mempunyai daya serapan air yang buruk, atau jumlah curah hujan melebihi kemampuan tanah untuk menyerap air. Ini terjadi kerana sebahagian daripada kawasan tersebut ditutupi dengan permukaan tar dan simen. Ketika hujan turun, kadang- kadang berlakunya banjir secara tiba-tiba. Banjir ini dikenali sebagai banjir kilat.



No comments: