Thursday, September 20, 2007

Banjir di Johor


Diantara negeri yang dilanda banjir, Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Kota Tinggi, Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad. Sesetengah sekolah turut dibanjiri, namun musim persekolahan 2007 akan berjalan seperti biasa dan kerajaan Malaysia akan menderma uniform sekolah kepada mereka yang terlibat. Kebanyakan mangsa telah tidak mendapat air besih dan elektrik. Di sesetengah tempat, kecurian dilaporkan berlaku selepas banjir telah surut.

No comments: