Sunday, October 21, 2007

Faktor- faktor yang mempengaruhi Migrasi


Faktor Ekonomi

Biasanya penduduk akan berpindah dari kawasan yang lembap ekonominya menuju ke kawasan yang pesat pembangunan ekonominya kerana di sini terdapat banyak peluang- peluang pekerjaan.
Kawasan-kawasan yang mempunyai tanah pertanian telah lama dikenali sebagai faktor menarik kemasukan penduduk. Sebalikbnya kawasan tanah pertanian tidak subur memaksa ramai petani meninggalkan kawasan ini ke kawasan pertanian baru.
Keluasan saiz pertanian yang sempit mungkin kerana pemecahan tanah dalam pembahagian sistem pusaka atau faktor- faktor lain, telah menyebabkan saiz tanah semakin sempit dan akhirnya tidak ekonomikuntuk dikerjakan.
Penggunaann jentera- jentera moden dalam pertanian mengakibatkan wujudnya tenaga lebihan di sektor pertanian. Oleh itu, pengangguran tinggi di luar bandar. Untuk terus hidup penduduk terpaksa berhijrah ke kawasan yang mempunyai peluang pekerjaan.

Faktor Sosial

Faktor agama iaitu tempat atau bandar- bandar yang ada kaitan secara langsung dengan sesuatu agama telah lama mempengaruhi migrasi ke kawasan- kawasan sedemikian. Misalnya Mekah bagi penganut beragama Islam, Gaya bagi penganut agama Buddha, Amritsar bagi penganut agama Sikh dan Benares bagi penganut agama Hindu.
Selain itu, melanjutkan pelajaran ke institusi- institusi pengajian tinggi juga adalah faktor menyebabkan ramai golongan belia berhijrah ke pusat- pusat bandar utama.

Faktor politik

Dasar kerajaan mempunyai pengaruh secara langsung ke atas migrasi.
Peperangan dan perang saudara seperti bosnia, Kampuchea, Afghanistan dan beberapa buah negara di Afrika telah menyebabkan beribu rakyat lari meninggalkan negara masing- masing.
Semasa darurat di Malaysiua pada tahun 1948 hingga 1960 seramai 500 000 orang penduduk telah dipindahkan ke kampung- kampung baru. Penempatan peneroka ke tanah- tanah Rancangan di seluruh negara satu lagi contoh bagaimana kerajaan boleh mempengaruhi migras penduduk.

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum...terima kasih atas maklumat yang diberikan..