Sunday, October 21, 2007

Jenis- jenis migrasi

Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa

a. Migrasi Dalaman

Migrasi dalaman adalah migrasi yang tidak menjangkau sempadan antarabangsa. Sebaliknya ia adalah penghijrahan dalam sempadan negara sahaja.
Migrasi dalaman boleh dipecahkan lagi kepada beberapa jenis. Antaranya ialah

Migrasi musiman

i. Ini adalah migrasi yang berlaku secara bermusim atau berkala.

ii. Di kalangan gembala nomad seperti orang Badwi di negara Arab, orang Taureg di Sahara dan orang Monggol di Gurun Gobi berpindah mengikut musim mencari padang rumput dan air untuk ternakan.

iii. Kegiatan pindah ternak yang diamalkan di kawasan Pengunungan Alps, Rocky dan beberapa kawasan di Himalaya juga termasuk dalam migrasi bermusim. Dalam musim panas pengembala membawa ternakan mereka turun semula ke lembah yang lebih panas. Di kawasan pertanian utama, migrasi ini boleh dikaitkan dengan musim menuai bijirin mahupun pertanian. Misalnya musim memetik buah- buahan seperti anggur, oren, epal, kentang dan sebagainya.

Migrasi luar bandar ke bandar
i. Antara sebab yang menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar ialah kerana di tempat asal mereka mengalami:
· tekanan penduduk
· kemiskinan
· pengangguran
· upah rendah
· tanah tidak ekonomik dikerjakan
· kurang kemudahan asas seperti pendidikan tinggi

Migrasi bandar ke bandar

i. Ketiadaan peluang pendidikan tinggi di bandar- bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar- bandar besar untuk melanjutkan pendidikan mereka

ii. Di bandar- bandar besar juga terutamanya ibu negara terdapat banyak peluang pekerjaan.

iii. Penghijrahan jenis ini lebih merupakan penghijrahan secara berperingkat iaitu bermula di bandar kecil, kemudian ke bandar yang lebih besarsedikit sebelum ke ibu negara.

Migrasi bandar ke luar bandar dan bandar ke pinggir bandar

i. Berlaku terutamanya di kalangan pesara kerana udara di luar bandar lebih segar dan nyaman

ii Di Malaysia, kebanyakkan golongan pesara berasal dari kampung. Oleh itu, selepas besara mereka ingin balik ke tempat asal mereka.

iii Pembangunan yang pesat selepas merdeka di pusat bandar telah menyebabkan banyak bangunan rumah kedai di negara sedang membangun dirobohkan dan digantikan dengan bangunan pencakar langit untuk ruang pejabat dan pusat membeli- belah

iv. Pembinaan kawasan perumahan di pinggir bandar dan dengan adanya kemudahan pengangkutan awam dan pemilikan kenderaan sendiri telah membolehkan penduduk yang tinggal di pusat bandar berpindah ke kawasan perumahan berulang- alik ke tempat kerja di pusat bandar setiap hari.


Migrasi luar bandar ke luar bandar

i. Pembukaan kawasan pertanian baru oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) seperti di Jengka Tiga Segi, KEJORA, DARA dan sebagainya telah menyebabkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan- kawasan tanah rancangan ini.

ii. Perpindahan ke kawasan tanah rancangan ini adalah bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.

iii Terdapat juga penduduk luar bandar yang miskin berpindah ke kawasan pinggir hutan dengan membuka tanah secara haram.

Transmigrasi

Ini adalah migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang olek kerajaan. Tujuan utama migrasi secara ini ialah untuk mengatasi masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu- satu pulau. Contohnya dari Pualau Jawa ke pulau lain seperti Irian Jaya, Sumatera dan Kalimantan yang berpenduduk jarang.

b. Migrasi Antarabangsa

i. Migrasi atarabangsa berlaku hanya apabila seseorang migran itu melintas sempadan antarabangsa. Migrasi ini bolh berlaku secara antarabangsa ataupun antara benua.

1 comment:

nak tau said...
This comment has been removed by the author.